SITCO IndustriesA Business from Subsea to Sky

Website News Training

ADTEC JTM Kampus Pedas Memacu Transformasi TVET melalui Teknologi AR/VR

๐Ÿš€ ADTEC JTM KAMPUS PEDAS MEMACU TRANSFORMASI TVET MELALUI TEKNOLOGI AR/VR DAN KEUSAHAWANAN MUDA! ๐Ÿ“… 14 Oktober 2026 | ADTEC JTM Kampus Pedas ADTEC JTM Kampus Pedas terus memperkukuh transformasi Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) melalui penganjuran International Seminar On AR/VR Technologies For Advanced Welding And Industrial Skills Training: From Virtual Experience To Real-World Competency bersama Karnival Usahawan Muda 2026. ๐Ÿค– INTERNATIONAL SEMINAR ON AR/VR TECHNOLOGIES FOR ADVANCED WELDING AND INDUSTRIAL SKILLS TRAINING: FROM VIRTUAL EXPERIENCE TO REAL-WORLD COMPETENCY Program hasil kerjasama strategik JTM-Miller Welding Academy, Kumpulan Logamweld Sdn. Bhd. dan SIMBOTT Technology ini mengetengahkan penggunaan teknologi AR/VR dalam latihan kimpalan dan kemahiran industri. Sesi demonstrasi dan latihan amali pada sebelah pagi melibatkan 156 pelajar dari ADTEC JTM Kampus Pedas, Shah Alam dan Tangkak. Webinar antarabangsa pada sebelah petang pula berjaya menarik 238 peserta secara bersemuka dan dalam talian dari Malaysia dan India. ๐Ÿ’ผ KARNIVAL USAHAWAN MUDA 2026 Karnival ini memberi peluang kepada pelajar Semester 2 daripada lima bidang pengajian untuk mengaplikasikan ilmu melalui Modul Digital Entrepreneurship. Sebanyak 8 gerai makanan dan minuman beroperasi, memberikan pengalaman sebenar dalam pengurusan perniagaan, pemasaran, kawalan stok dan operasi jualan. ๐ŸŒŸ TEKNOLOGI, KEMAHIRAN DAN KEUSAHAWANAN โ€” PEMANGKIN GRADUAN TVET MASA HADAPAN! Gabungan kedua-dua program ini mencerminkan komitmen ADTEC JTM Kampus Pedas dalam melahirkan graduan yang kompeten, inovatif, celik teknologi dan berdaya saing, selaras dengan keperluan industri masa hadapan. ADTEC JTM Kampus Pedas โ€” Memacu Inovasi, Memperkasa Kemahiran, Membina Masa Hadapan!